Saturday, December 27, 2008

nostalgia 2008~

Salam..sejahtera...
assalammualaikum..kepada pembace..hehe..
mcm ade org nak bace lak bende2 alah neh..haha..
kalo ade..jawab aja..sebab mmg wajib..hoho..

bile2 pk2 balik..
da masuk 20 an aku rupenye..
da puluhan ah neh..wohoho..siyes..da tua...tapi perangai aku..x berubah2..haha..
ape nak wat...aku pon tak taw cene nak wat...hehe...
ade sesape yg leh kabo...cene nak berubah??
hmm...kalo berubah jadi lagi baik ...lagi bagos..
Sape dapat wat aku berubah jadi lagi bayek..dari dlu...
aku bagi ye....satu SenyuMan yang ikhlas lagi tulus suci dan mulus...huhahahah..
nak?xnak suda..x eran pon...hehe..
jam di laptop abg aku skrg pkol 3.19 pg...aku msih dok terpacak di depan laptop ini...mmg kedegilan mataku terserlah tika ini...
walopon luse da nak pegi tmpat lain...aku msih degil...haha..
ape nak wat..nak lepas rindu saat2 terakhir berada di rumah...hehe..nnt aku rindu plak saat2 pepagi bute neh...

hoho...mmg x de kije...hehe...

ok2..balik pade cte aku..kat ner tadi?haaa...
tua...
owh..aku tidak tua lagi..cuma mata jek rabun...jln masih tegak lagi...gigi..ade lagi...telinga tak pekak lagi..hehehe...alhamDulillah..syukur pada Allah..yang kurniakan badan yang sihat lagi cergas ini...alhamdulillah..Syukur pada Mu...heee...

pk2 blik...sekejap saja masa berlalu...
setahun yg lepas..aku msih berada dlm belasan tahun...namun skrg..usia aku da menginjak 20 thun...dan...akan mendaki usia2 dewasa...wah?..dewasa gitu..whahaha...

tah bile aku dewasa aku pon tak taw...biar aja masa yang menentukannya ya?

2008...penuh dgn kenangan2 yg pahit...manis...sedih...msm...tawar2 skit...sm msin sket...eh...bnyak rase lak...hahaha...

sebenarnye..x taw nak ngarut pe neh...pale otak da blur..hohoho....

tak sedia lagi nak msuk u..walopon hnya tinggal 3 ari jek lagi nak msuk sem bau...hahaha...
ape nak jadi la neh ye...hehhe...

xpe2..nnt kite cari mood kat mane2 eh..hehe


kepada sara...
ko taw sape ko...haha...
sorip beb..sepanjgn kite berkawan ini..aku mintak maaf..jika ade terkasar bahasa...tersilap kate...terlanjur kat memane..
tak dapat teman ko dikala ko bosan...
maafkan aku wahai sahabat....

sungguh...aku bermohon maaf..

jika esok tiada lagi untuk ku...
kiRimkan doa mu...untuk Ku...
huhu..
sadis plak...

pada shera juga begitu...huuh
sadis btol lak...hmm..pasneh..tak taw lak bile aku nak on9..layan memende neh sumer...
hmm..

jaga diri kawan2...
jaga diri sendri...sudah semestinya...
jaga2 jgn x jaga..

hee...
slmat tinggal 2008...
selmat tinggal 1429H..

Selamat datang 2009...
Selamat datang 1430H..

moga sumer selamat hendaknye..
heee...

Peace No War!!..salam~

Saturday, December 13, 2008

Tinta Buat Suami




Entah angin apa yang membuai hari ini membuatku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah ku kenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diri ku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya ku khususkan buat mu sebelum tiba masanya.


Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama ini semata-mata buat mu, itulah hati & cinta ku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang. Aku telah dididik ibu sejak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diri ku kerana Allah telah menetapkannya untuk mu suatu hari nanti. Kata ibu, “Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari kami.” Jadi kau telah wujud di dalam diri ku sejak dulu lagi.


Sepanjang umur ku ini, aku menutup pintu hati ku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangi mu. Aku menghalang diri ku daripada mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selain mu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulan ku dengan bukan mahram ku. Aku lebih bersifat ‘perumahan’ kerana Rumah itu tempat yang terbaik buat seorang wanita.


Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku bersangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan ku palingkan wajah ku daripada lelaki yang asyik merenung ku atau cuba menegur ku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pendangan ku daripada ajnabi kerana pesan Saidatina Aisyah r.a. “Sebaik-baik wanita itu ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang.


Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di mata mu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milik mu seorang. Aku tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan, berasa terhina diperlakukan sebegitu, seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.



Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran ku terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat ku berikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak, andai disoal. Adakah itu sumbangan ku kepada manusia selama hidup di muka bumi?


Kalau aku tidak ingin kau memandang wanita lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandangan ku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadi ku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suami ku, aku juga perlu menjadi wanita yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan yang baik untuk lelaki yang baik?


Tidak ku nafikan sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diri ku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untuk mu. Allah telah memuliakan seseorang lelaki yang bakal menjadi suami ku untuk menerima hati dan perasaan ku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih saying yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.


Diri ku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan dengan ku. Aku secara keras menolak, berbagai-bagai dalil ku kemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti disitu, dia sentiasa menghubungi dan mengganggu ku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah selutuh kehidupan ku yang ceria selama ini dirampas dari ku.

Aku tertanya-tanya, adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon keampunanNya. Aku juga berdoa’, agar Dia melindungi ku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku sentiasa memikirkan mu. Kau ku rasakan seolah-olah wujud bersama ku. Di mana sahaja ku berada, akal sedar ku membuat perhitungan dengan mu.


Ku tahu, lelaki yang melamar ku bukan diri mu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ ku yang mengatakan lelaki itu bukan dirimu. Aku bukanlah gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diri ku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana.


Namun, aku juga punyai keinginan seperti gadis lain dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli Syurga,memimpin ku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau Mempunyai wajah seindah Nabi Yusuf a.s. yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuat ku terpikat. Andainya kaulah jodoh ku yang telah tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hati ku, jua hati mu kali pertama, kita berpandangan. Itulah janji Allah.


Akan tetapi selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu janganlah kau zahirkan perasaan itu kepada ku, kerana kau masih belum berhak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’.


Aku takut perlakuan itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaan ku tidak banyak, cukuplah diri mu yang diinfaqkan seluruhnya pada mencari keredhaan Ilahi. Aku akan merasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri atau sandaran perjuangan mu.


Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi, kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juang mu, menghulurkan tangan ku untuk mu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.


Akan ku kesat darah dari luka mu dengan tangan ku sendiri. Itu impian ku. Aku pasti berendam air mata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cinta mu kepada ku. Bukan itu yang kuimpikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hati mu. Kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintai ku keranaNya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di Syurga.


Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibu bapa ku dulu. Apa guna menimbun harta untuk kemudahan ku sekiranya harta itu akan membuat kau dan aku lupa tanggungjawab mu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihat mu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagi ku.

Thursday, December 4, 2008

Tanda Anda Dilamun Cinta

Tanda Anda Dilamun Cinta

Apakah perasaan anda bila mengetahui cinta anda terbalas?? Terlebih-lebih lagi yang membalas cinta anda adalah Raja kepada sekalian raja di alam ini, Penguasa kepada kerajaan langit dan bumi dan Kekasih yg abadi dan tidak pernah berbohong dalam cintaNya!!! Pastinya cintaNya kepada kekasihNya lebih anggun daripada cintanya Uda dan Dara, Romeo dan Juliet, Beckham dan Victoria dll. Bagaimana nak tahu anda sedang dicintaiNya?

1. Suka untuk bertemu yang dikasihi secara terbuka dan terang-terangan di darul salam(Jannah/Syurga). Tidak tergambar oleh kita bagaimana hati mengasihi seseorang melainkan suka untuk melihat dan berjumpa dengan yang dikasihi. Apabila diketahui bahawa untuk bertemu itu tidak mungkin tercapai melainkan dengan meninggalkan dunia dan mati, maka sepatutnya ia suka untuk mati yang pastinya sudah tidak boleh dielakkannya itu. Seorang pengasih tidak merasa penat untuk bermusafir dari tanahairnya menuju kediaman kekasihnya agar dapat menatapi wajah kekasihnya. Mati itu adalah kunci pertemuan dan pintu masuk kepada penyaksian. Rasulullah s.a.w bersabda: ertinya: “Sesiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah suka bertemu dengannya”.

2. Antara tandanya juga adalah dia mendahulukan apa yang dikasihi Allah berbanding apa yang dia kasihi secara zahir mahupun batin. Ia beriltizam dengan kesusahan amal, menjauhkan diri dari menuruti kehendak nafsu, meninggalkan sifat malas, terus menerus mentaati Allah dan bertaqarrub kepada Allah dengan amalan-amalan sunat. Sentiasa menuntut kelebihan darjat di sisi Allah sepertimana seseorang menuntut kedekatan hati dengan kekasihnya. Kadangkala Allah menyifatkan mereka yang berkasih sayang ini dengan sifat ithar. Firman Allah, ertinya: “ mereka mengasihi orang yang berhijrah kepada mereka, di dalam dada mereka tidak ada apa-apa keperluan dari apa yang mereka berikan. Mereka mengutama (yang lain) berbanding dirinya sekalipun merekapun mempunyai keperluan tersendiri”.

3. Tenggelam dalam zikirullah. Lidahnya dan hatinya sentiasa mengingati Allah. Orang yang menyukai sesuatu tentu sekali akan banyak mengingatinya. Oleh kerana itu antara tanda-tanda kasihkan Allah, suka mengingatinya (zikir), sukakan al-Quran kalamullah, sukakan Rasulullah s.a.w serta suka apa-apa yang disandarkan kepada Rasulullah.

4. Kegembiraannya dengan berkhalwat dengan Allah, munajatnya kepada Allah, sentiasa mentilawahkan kitab Allah. Dia juga sentiasa melakukan tahajjud, menggunakan ketenangan dan keheningan malam untuk menghapus segala rintangan yang ada. Darjat cinta terendah adalah merasai kenikmatan berada bersama yang dikasihi dan mampu bermunajat kepada-Nya. Maka sesiapa yang tidur dan berbual-bual itu lebih seronok lebin baik kepadanya berbanding munajat kepada Allah, maka bagaimanakah nasib kasih sayangnya ??

5. Tidak bersedih diatas kehilangan apa-apa selain Allah. Lebih sedih dan pedih hatinya apabila berlalu setiap saat tanpa zikrullah dan tanpa mentaatinya. Selalu menghitung diri di atas kealpaan dengan mohon simpati, hisab diri dan juga taubat.

cinta

6. Merasa nikmat dengan melakukan ketaatan dan tidak merasa keberatan atau kepenatan. Kata al-Junaid: “Tanda orang yang mengasihi adalah berterusan dalam amal. Dengan syahwat fizikalnya lemah namun dengan hati dia tidak akan lemah”.

7. Merahmati dan mengasihi seluruh hamba Allah. Tegas terhadap seluruh musuh Allah dan sesiapa yang mengundang kebencian Allah. Firman Allah: ertinya: “Orang-orang tegas terhadap kuffar dan saling merahmati di antara mereka”. Tidak menjejaskan mereka sebarang celaan manusia dan tidak ada sesuatu yang boleh mengalih mereka kepada kemurkaan Allah.

8. Kasihnya itu disertai takut dibawah kehebatan dan kebesaran Allah. Ada yang menyangka takut itu betentangan dengan kasih. Sebenarnya itu tidak betul. Malah memahami kebesaran itu akan melahirkan perasaan hebat sebagaimana menyelami keindahan melahirkan rasa cinta. Khusus bagi orang yang bercinta itu ada beberapa ketakutan pada maqam cinta. Pertamanya: Takutkan beralih cinta. Lebih dahsyat dari itu takut terhijab cinta. Lebih dahsyat dari itu lagi adalah takut menjauh diri. Makna-makna ini digambarkan oleh Allah di dalam surah Hud yang telah disifatkan oleh Rasulullah sebagai telah memutihkan kepala baginda s.a.w ertinya: “Hud telah memutihkan kepalaku” . Ungkapan ini disebut oleh Rasulullah s.a.w ketika mendengar potongan ayat . Ertinya: Alangkah jauhnya kaum Thamud” “Alangkah jauhnya ahli Madyan sebagaimana jauhnya kaun thamud”.

Pemerhatian terbesar pada alamat-alamat dan sebab-sebab ini ialah kebanyakannya itu adalah perbuatan-perbuatan dalam komunikasi kemanusiaan, berkait dengan masyarakat, manusia pada kehidupan dan akhlak mereka.

Saudaraku… adakah anda ingin menggapai cinta Allah ? Beriltizamlah dengan amalan-amalan fardhu dan tambahkanlah dengan bekalan-bekalan sunat. Ikutilah jejak langkah Nabi s.a.w. jadilah orang yang bermanafaat untuk orang lain. Sertai mereka di dalam kehidupan mereka. Ziarahi mereka. Belanjakan untuk mereka. Berikan khidmat untuk mereka. Isikanlah hajat dan keperluan mereka. Masukkanlah kegembiraan dalam hati mereka.

Lakukanlah semua ini, nescaya Allah akan memanggil Jibril untuk memberitahu bahawa Dia mengasihi dirimu.

Artikel sumbangan Nur Izwah Abd Aziz

* I N G I N B E R C I N T A *

Ujian KErohaniAn~

Nafsu yang terendah adalah nafsu amarah. Untuk meningkat ke tingkatan nafsu lawamah dan seterusnya kita perlu lalui 10000 ujian. Kerana itulah kita perlukan guru mursyid dan rakan seperjalanan (satu tarekat) yang membantu kita menghadapi saat-saat genting ujian.

Semakin kita hampir kepada Allah Ta'ala, semakin berat ujian yang dihadapi. Hinggalah kita hancur hati kepada Tuhan. Tenggelam dalam lautan kebesaran Tuhan. Akui keagungan Tuhan yg menyusun setiap peristiwa.

Setiap peringkat nafsu ada ujian. Selagi kita masih hidup, selagi itulah ujian akan ada.

Lebih-lebih lagi jika anda sedang mendekati Auliya' (Wali Allah) atau mula berjinak-jinak dengan tarekat. Ini kerana syaitan amat benci dengan perjalanan ini sejak dahulu kerana ia umpama kilang / sekolah yang mengeluarkan orang soleh dan wali Allah.

Pohonlah perlindungan dari Tuhan, umpama anda meminta tolong dari tuan anjing. Anda tidak akan berdaya melawan anjing melainkan anjing itu ditenangkan oleh tuannya.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

kenape kite diuji?!!

Assalamualaikum wr wb kadang-kadang ... bilamana kita dilanda pelbagai ujian dan dugaan hati ini selalu sahaja merintih... dan pelbagai persoalan timbul dibenak hati sanubari kita.......

KENAPA AKU DIUJI ?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja)mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?

..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA ??

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.

-Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.

-Surah Al-Imran ayat 200

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu,

-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka .....
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?

..... Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki Arsy yang agung.

-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!

..... dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.

-Surah Yusof ayat 87

Semoga segala persoalan dan rintihan yang melanda jiwa dan sanubari kita terubat dengan janji-janji Allah.......... sesungguhnya kepada kitab suci Al-Quran lah tempat kita merujuk segala permasalahan..... kerana ialah penawar..... penawar untuk kita......... marilah kita kembali kepada Al-Quran..... kembali mengamalkan ajaran yang terkandung sepenuhnya........ semoga Allah memberkati sahabat-sahabat di sana....

wassalam.....

Syukran Jazilan ..

Hilangkan keMarahanMu~~

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong
>(ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya.
>Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau
>tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak
>hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego
>seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya.
>Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan
>kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.
>
>Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti
>juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah? Telah
>berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair : Takdir
>Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi.
>Istirehatkan hati dari kata-kata Barangkali dan
>Kalau. Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah
>ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana
>sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan
>mengucapkan Inna lillahi wainna lillahi rajiun.
>
>Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh
>mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf
>menjawab : Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu
>pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya
>membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang
>masih panas. Belum sempatdaging itu diletakkan
>dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang
>panas itu jatuh terkena anak kecil Qais.
>Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan
>sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa
>itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang
>pucat dan menunggu hukuman Aku bukan sahaja tidak
>marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan
>membebaskan kamu. Begitulah sopan santunnya dan
>pemaafnya Qais bin Asim Kata Ahnaf mengakhiri
>ceritanya.
>
>Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais
>memandang segala kejadian itu adalah dari Allah.
>Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka
>hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian
>yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus
>hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya
>tidak terasa dia tuan kerana apa yang ada padanya
>dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai
>ketikanya Allah akan ambil kembali.
>
>Kita mesti ubati hati kita. Kita mesti membuangkan
>rasa rasa ketuanan kita yang menyebabkan kita
>menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di
>antara langkah yang perlu kita hadapi untuk
>menghilangkan marah ialah :
>
>a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah swt akan
>segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala
>perlakuan dan sikap biadab kita.
>
> Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini
>hanyalah manusia
>yang hina.
>
>c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar
>Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
>
>d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu
>mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan
>dendam dari orang yang anda marahi.
>
>e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika
>kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada
>perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam
>keadaan
>yang marah.
>
>f) Apabila datang marah, banyakkan baca Taawwuz (
>Auzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
>
>g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana
>wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang
>membara.
>
>h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal
>tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan
>meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada
>tidur
>
>i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu
>datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah.
>Kenapa kita perlu marah.
>
>Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi
>kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan
>kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan
>lemah lembut dan kasih sayang

Jadikan apa yang dilihat oleh mata itu untuk berfikir, rasakan dalam hati akan kebesaran Penciptanya

Sunday, October 19, 2008

hampir ke situ...

Salam sejahtera....n very good evening...to myself...hehehe

kabare??
udah lame aku tidak menaip sebegini...
kini tiba masanya...
berhari raya...
muslimin dan muslimat....beraya bersama....ehehehe...


pejam2 kelip2...
da nak masuk 2 minggu di bulan syAwall...
harap2..akus empat laa nak abeskan 6 Syawal inih..
Ya Allah ku bermohon adamu..
Sungguh masa berlalu...tanpa tunggu kite ...yakni...manusia yang sering membuang masa...
Sungguh...

Bnyak perkara berlaku...tanpa ku sedari...
ku harap..
ia...dapat mematangkan fikiran ku tentang kehidupan ini...
Sungguh....huk2...

final exam lagi beberape hari jek lagi...
takut plak nak menghadapinya...
tapi..
aku taw..kite x leh nak lari dari bende yang sememangya pasti...
sungguh ia...pasti...
Sedia lah aku..walau apa jua skalipon yang akan berlaku..
redhalah dgn ketentuannya....
Sungguh...

tika kau masih ada....
kuharap dapat beri kegembiraan...
di samping menjadi teman berkongsi duka...
aku harap kau tabah hadapi dugaan...
Sungguh...aku harap kau begitu...


wasalam~~

Tuesday, September 30, 2008

pagi Syawal yang hening...=)

Salam sejahtera...Syukur ke hadrat Ilahi ...kerna dgn limpah kurnianya...aku masih dapat menghirup udara..setelah 20 thun hidup lamenye...dan kini masih mempunyai peluang menyambut Satu Syawal di sampaing kluarge tercinta...
Alhamdulillah...
Tanpa IzinMu..tidak akan aku ade di sni...menyambut lebaran yg penuh syahdu ini//
syukur alhamdulillah...hee..
teremo plak di pagi syawal neh..
hehehe....

Di kesempatan ini..
aku ...
Nur Farhana Abd Rahman..
ingin menyeru...ingin meluahkan..kepada semua org...
x kire muslimin mahupon muslimat..

Salam LEbaran di ucapakan..
mohon...segala kemaafan yg telah ku lakukan..
dalam kedaaan sedar ataupon tidak...moge diberi keampunan buatku...sesungguhnya aku insan yang lemah punye bnyak kesalahan....
Mohon dimaafkan...

InsyaAllah..sumer org saye maafkan..
tak kire ler terkasar bahasa...tersalah kata...terlanjua...terguris hati kecik..
huhuhuhu...maaf..sumernye...
mak
abah..
abang...
nya...
fara..
ayom...
je..
atok nenek..
bapak sedare..mak sedare...
sepupu sepapat..
dua pupu...dua papat...
kawan2 seperjuangan...
harap sumer yg mengenali diriku ...dapat memafkan...
huhuhu

masih ade lagikah harapan aku menyambut Syawal yang mendatang?

masih panjang umurkah aku untuk menyambut Syawal mendatang?

Nau'zubillah...

hanya kepada Kau ku berserah...
Hidupku...matiku...badahku...
hanya untuk mu Ya Allah..

Subhanallah...
Allahu Akbar..
Alhamdulillah...

Lailahaillallah~~=)




pagi2 reye neh...
aku da siap pakai baju reye...da...
hahaha semangat btol..
tahun neh...tema baju kluarge akus..turqois..
werne keijauan gitu..
hehehe

mene ler meke neh penat aku tunggu...
sorip2..
neh tyme aku nak mengexercise tangan aku jek neh..takde mende hal penting pon...hek2..
ok...takde mende..p men jauh2..
hek3...




di pagi raya yang mulia,
aku duduk di umah seorang diri,
ahli kelurage yg lain p semayang raya..
hang dok sorg layan kom sorg diri...
hahaha

eh meke da balik..
k cau dlu....
salam

Thursday, August 14, 2008

selesai sudaa...

hehehe....

Salam...sejahtera...kembali...
bersame aku di sini...diri sendiri...jam tepat pkul 5.35 pg...pada tarikh keramat...nakcuti sem ar katekan...tak sabo plak...
aku nak balik!!!!!!!!!!!!!!!!!

hahahha
giler aku tak tido satu ari nih..
xcayes aku...
siap dapat on9...kat dlm bilik akus sendrik...
waaaahhh...mengkagumkan...
ahahhaah....
aku suke2....
tapi pagi nnt blajao cene...aku pon tak taw laer...

hmmm...
stakakt neh..satu2.masalah aku da selesaikan...w
alopon x sumer...
slow2 arkan beb?
hahha
pe ler aku membebel sorg2 neh/..
nak tido....katil pnoh ngn brg2...hahaha...
pemalas btol aksu neh...
tah arbeb...
nseb bek aku dpt on9..lps abe swat kije...dibuatnye...td dpt...hahaha...
alamat tak abes agi ar kije aku...hahahaa


syukur nikmat...da siapp....

skrg tinggl nak blik jb...n ab repot punye soklan...gane ea....
aiyakkk....
hmm...
tu jeklar nak kabo...luah sekali skale...
pe slhnye...hehehe

k...
moga pada hari jumaat yang mulia ini....kite akan diberkati oleh Allah hendaknya...
amin....
wasalam

Wednesday, August 13, 2008

Salam sejahtera...........

di sini aku ingin mereleasekan tensenku..yang berlambak atas kepale...eh2...ape kat atas daa...kat dlm pale otak akuu...

aku kini berada dlm kedaan agak tertekan./..dgn pelbagai perkara yang berlaku dlm idop aku...sekarang inih...secare serentak..itu lah yang mencabar otak...fizikal serta mental...

suke2 suki aku meniap....padahal...keje berlambak tak siap lagi...lab repot sok tak wat lagi...kejap lagi dlm mase 10 minit da nak ade kelas...
bley plak aku menaipp ea...
hahahaha

suke akus ar nak menaip...smbil menaiktarafkan skill menaip akus....
hohoho...

bukan ape...
aku hnye nak meluah...
rese nak jerit kat cni kang..
org ingt len plak...org gile mane ler..jerit2 kat library neh..
da ar library...mmg tak padan ar aku nak jerit.t...
ahhaha

tah ar...
satu2 prob yg timbul...
mmg menguji daya thn mental otak rambut aku supaye tak gugur..

huhuhu...
aku ade maslah.
itu kenyataan..
cara nak selesai..
sumea bergantung padaYeah..
Takde sape2 yg bley tolong...melainkan tuan punye diri...
Hmmm...
Ari neh padat...
ye..padat...
smlm punye peristiwa..masih agi terase...lab repot yg misteri ilang tah ke mane...

skrg..untuk buat assgment..n..camane care nak balik k jb....

masalah2...
sumer tuh bley diatasi...jika...keputusan tidak dibuat pada saat terakhir...
ape nak jadi da....bile saat terkhir...anda buat keputusan...
sumer bley jadi haru...
sumer jadik kaco...bilau..
rambut bley botakk woo...
perghh...giler ar..
nseb bek aku ade rambut lagi...huhuhu

tapi...
memandangkan mase telah berlalu...
\bende da lepas...
tak payah kesah...
skrg bende yang akan dtg...neh ko wat plan...
sumer daaa setelkan??
tiket...jual jek..
bukan rezki ko...
sumer terpulang pada wani...
n then assignment mic....make sure...
ko kene siapkan ari neh jugakkk...
nnothing to losse beb...
u must do it..
couse...tomorrow is the last day...
u dont have time...
u must do it!!!!!haip2....i will do it...

x sabarnye...nak tgu ari sabtu...
bende daaa lepas...n di mana aku tika itu...aku berserah jek ler...
skrg..kelas da nak mule...bek aku blah dulu....naye jek kalo dtg lmbt...
ok myself...gotago...
Good Luck to myself!!!!!

Thursday, July 10, 2008

SaT mEnakjubKAn~

Salam...Sejahtera...hahaha...kembali aku mewriting ini blog..

eh2..Assalammualaikum...

Syukur ke hadrat Ilahi kerna dengan limpah kurniaNya...aku masih dapat menghirop udara pada tahun ini, bulan ini, hari ini, saat ini....2008,7,10,4.25pm. lokasi..bilik akak akus..kat atas lantai..adoii...sakit pinggang akus...huk2...

ape2 pon...
Syukur alhamdulillah...

hahah...
sempat lagi aku menaip bende2 alah neh tyme2 dak u sumer sebok2 masuk klas untuk blajar...aku punye ler senang ati..menaip di rumah inih kesorangan...
wakakkakak...
suke akus ar...
komputer akak aku...org len biaq p ar...
hahaha

bukan pe...
sje jek nak menaip...nak kasitaw sumer org yg aku ari neh xder kelas!!!!!wakkaak...
semalam pon takde kelas gak..
walopon minggu pertama masuk uniberct..
tapi aku rese...aku ler org yg paling rejin sekali menjejakkan kaki kat umah...
hahahha....
bukan pe...
aku rindus ar katil akus yg besao gabak tuh...hahah...
lagi2 bile tido sorang2..pergh...
x ley blaaa....hahaha...golek2 sorang2 ar jawabnye..
dgn adek aku yg sorg tuh pon dah msuk kolej die..
ape lagi akus...
jadi kepale ar dalam bilik tuh...
hahahah...tapi takpe...
aku neh baik gak senanye..
walopon org len xde..
aku buat gak kije2 umah aku yang len...
basuh pinggan...basuh baju...alamak!tudung aku lupe nak basuh!...boley plak...
ok2 smbg2...
bsuh ape lagi?basuh kete?mane der kete..eh..bju abg??!!aiyak..lupe lagik..hahaha...mau kene hempok karang bile die balik...
huhuhuh

bisa di atur~

haa....
aku da masuk sem abru da laa neh...
masuk ler aku part 3 sem k 3 di uitm shah alam dlm bidg sains teknologi dan makanan...

waawah2...sem neh bnyak gak ar krdt hour akus...
dgn kelas malam nye lagik...
aku dalam proses untuk menerime hakikat yang sebenarnye...tu pasal ar nak sedapkan ati..
aku balik umaah salu...wahahahhah...
care sedapkan ati paling best...
tapi sian plak mak pak aku...kene amek aku...
wahhaha....

takpe2...
pasneh...org tak blek da...org blajao jekk eh...

mak abah...haip!!!

JASAMUUU x kan Aku lupe kan Smpai bile2!!!
Tanpa mu siapalah aku di dunia yang penuh dgn cabaran dan dugaan inih...
sokongan mu..
memberi semangat pada diriku dlam menempoh dugaan yang mencabar di dunia inih..
Ampunkan n halalkan lah makanan minum ku di dunia inih...
MAk Abah!!!!!!!

huhuhuhu...

eh2..
senti mental ler plak....
huk3..

eh2...neh yg x der kene ngene neh tak yah ar bace...hahaha

waahh..
skill menaip aku semakin meningkat..
walopon ade beberapa kesilapan sedikit tapi tahap kepantasan semakin maju..wahhahah
aku berbangga~~

hahaha

Aiseh...Lapao ar plak..
walopon mls giler nak masak...

aku tetap lapo...
wakakka

nak minom ayak sejuk ar...
ape kene ngene ngn lapo ar plak eh..hahaha....

aaahh...
layannn....!!!

aku lapo!!...
aku minom dlu !!!

haha...avios~~

Salam~=b

Wednesday, June 25, 2008

Kenyatan Hidup Di sebalik Permainan

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN.



Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada

murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada

kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu

permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan

kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!",

jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian

mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.

Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat

pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu

saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk

mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok.

Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita

umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita

begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan

kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang

haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi

kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan

cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa

dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu

tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina

tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa

rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan

yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,

materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya

sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit

menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya

Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.

"Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang

anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya

mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya

berpikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil

Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet . "Murid-murid,

begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. .. Musuh-musuh Islam tidak

akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana tentu anda akan

menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam

dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan

dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang

kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.

Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn

tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,

kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah

dihancurkan. ..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan

menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.

Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga

meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan

mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini

semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang

dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya

murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang,

misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak

lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak

akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak

terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita

berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala

anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran

masing-masing di kepalanya...

RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..

TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN

HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA

AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM!

UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN

KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA

DIRI!!

JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA

BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2

LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI

KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.

YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM.. AMIIINN...

Sebagai umat Islam yang bertanggungjawab, tolonglah forwardkan e-mel ini

kepada sahabat2 Islam kita yang lain. Semoga yang baik dijadikan teladan

dan yang buruk dijadikan sempadan..ALLAHU AKHBAR!!!!

Sinar Cahaya Ayat Qursi

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas
pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami
terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap
kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah


sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan


lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia
akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,


Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,


setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan
rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua


memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,


"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT
untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. ..

anak paderi peluk Islam

Nama saya Farhan BinAbdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah
Johanis. Sayadilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang
ketuaPaderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatiholeh
bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah DatukJoseph
usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.Kumpulan saya masuk ke
kampong dalam berbagai program. Selalunya programkhidmat masyarakat. Pihak
gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitarRM50, 000/=. Berbagai aturcara
dibuat untuk membantu orang kampong. Kamiziarah rumah kerumah. tanya masalah
mereka dan bantu mereka. berbagaimasalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit
secara spontan. Ada kamihantar keperluan harian,p akaian dan buku sekolah dsn.
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa
kalikunjungan

susulan,kami berjaya
mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kamimengkristian
remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek.Hasilnyakam i dapat RM3,000/= setiap seorang

Islam yang dimurtadkan. Bayangkanpendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.
Sewaktu Tingkatan 3 sayadan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang
boleh dipilihdengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan).
Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh.Saya terus ambil
pelajaran Agama Islam.Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan
agamakristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampudihuraikan oleh orang Islam.
Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah,saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar
saya (saya panggil > cikgu)."cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas
ini,
boleh ke saya kerumah cikgu..."Ustaz itu
bersedia. Lalu saya
bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu.
Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas namaIslam,agama cikgu dan bukan
atas nama Kristian,agama saya". saya
kemukakanbeberapa persoalan, antaranya;- - Mengapa orang Islam sembahkaabah -Sebenarnya semua
agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian danIslam adalah agama langit. -Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa
akan turunbersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya NabiMuhammad.
Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.Injilsek arang dikatakan diseleweng.
Kalau begitu mana yang asalnya. Yangmenghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan
kawan -kawandengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.Kemudian saya dibebani dengan
3 persoalan yang tidak mampu saya menjawabsecara tepat.Apakah boleh manusia(paderi)
mengampunkan
dosa manusia lain. -Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
-konsep ketuhanan
Jesus.Saya mengatur
pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawanbapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu
saya bawa ustaz itu kerumah saya danbertemu bapa saya seorang ketua paderi.
Ternyata bapa saya juga tidak mampumenjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang,
bapasaya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang ke rumah.Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah
ustaz itu. Disamping mengulangkajisaya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaztu,
saya mengagumi cara hidupnya.Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah
hitammembawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Danseorang berjubah hijau yang
meminta saya membuat pilihan.Yang berjubah hitamdan berjubah putih saling menarik saya mengikuti
mereka.
Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakintengelam dan yang berjubah
putih
semakin
tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi
sayadan berkata," mengapa Johanis....awak mengigau.... "Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan
saya........ .".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu.Tidak lama selepas itu saya pun di
Islamkan oleh Ustaz itu.Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihatpakaian saya bertabur
diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu.Sebaikmelihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu
senapangke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.Saya segera meninggalkan rumah
sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya.Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya

dibawaoleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah.Saya diserahkan kepada PERKIM
di Kuala Lumpur.
Secara kebetulan rakan
sayaNazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti
kumpulanAr-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagukoir yang kami nyanyikan dalam
gereja sewaktu di Sabah dulu..6 tahun saya diPERKIM.
Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijilAl-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan
Jabatan Agama Islam.Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampaisetahun saya
letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nakberdakwah pun merungut duit over time.Saya rasa tiada keiklasan.
Biarlahsaya jadi pendakwah bebas. Saya Ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramaimemurtadkan orang..kini saya mahu
berjuang untuk mengIslamkan seramaimungkin dengan kualiti bukan kuantiti
saja.Berbalik kisah keluarga saya. Selepas
meninggalkan rumah dan belajar diPERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakanjangan
bencikan
saya. Saya sayang
ayah.saya sayang emak.saya sayang adikberadik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak
dunia dan akhirat.Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku Yangsesuai menerangkan
tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantarsurat
dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adikberadik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz,
bagaikan halilintar sayamendapat berita...... .. Ayah saya menganut Agama Islam.Allah saja yang tahu perasaan saya
ketika itu. Saya menangis dan menangis.Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalumurah. ...
saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayahdihadapan. .. saya peluk erat tubuh ayah dan
kami menangis bersama.....
...YaAllah betapa agungnya kekuasaanMu. ...Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk
Islam tu rut dirasai oleh ayahsaya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini sayapendakwah bebas.

Saya sedih melihat
umat Islam hari ini berpecah.Kitaberpec ah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul.
Kita ambilsebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas.
Mengapa kita cari jalannak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan
supaya dapatdilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapaorang pensyarah
universiti tentang isu Hudud & Qisas.Dia boleh sergahsaya," You apa tahu... Islam pun baru setahun jagung....
."Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah Saya takakan masuk Islam.
Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam.kerana itu saya ajak menghayati Islam.Saya kumpulkan
semula
kawan-ka wanmasa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuktujuan
dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puakKristian. saya juga diancam oleh umat Islam
tauliah awak ,mana kebenaran
Jabatan Agama,mana
permit polis,sapabenarkan pungut derma dll. Saya tak gentar
berdialog dengan puakKristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendirimenyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah DiIPT. Pendakyah ini mendekati kaum
muslimah,pura- pura nak belajarIslam. ...jatuh cinta...lalu dimurtadkan. ..ada yang pura-pura masukIslam.. ..dan
dimurtadkan. Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti PutraMalaysia . Itulah satu-satunya
Universiti yang ada gereja. Gereja ini antarayang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan kalau
adasaudara kita terminum 'Holly Water'.Sebenarnya air ini
dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi Termasuk
Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dul u. Kalau terminum, cariair kolah dari 3 masjid.
Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, danselawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat
mandi.
InsyaAllahmereka akan
sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.tolong fowardkan ... demi islam... demi agama
yang tercintaInsyaallah

Sunday, June 15, 2008

mase yg dtunggu bakal tiba

Assalammualaikum...pada diri ku sendri...dan pada sesape jek ah yang membace...
hohoho..pada jam 12.26 pg..di depan laptop hp...mak aku punye...opis punye daa...
aku ingin berkongsi luahan yang berada di dlm ati tulos aku neh..
hahaha..
bukan ade ape pon..
juz...nak menaip untuk kesukaan ati...
ahhahha...
setel suda...assignment yang aku wat..
tak taw ah btol k idak kan...
terpulang pada..lec...
hmmm....

aku neh punye bersenang lenang..dekat sini..
padahal...ari rabu anh test da...tak sedao2..lagik...ades2...
pana2...pe nak jadi daa...
ahahhaaha...
takpe2...sok start....ape nak jadi2 ah...aku akan lebih bersedia...
tidak kire apa jua akan terjadi..
seminggu due neh aku kne lebih fokus..n no tyme for play2...
hohohoho....
Ku mohon pdaMu Tuhan...agar dikuatkan segala semangat yang bakal menempoh ujian....Mohon dilapangkan hati...agar ilmu dapat memasuki dgn rela hati...huhuhu...
Mohon pada mu...Ya Allah...
Pada mu ku berserah..
sesungguhnye...hidup mati ku...hanya kerana Mu Ya Allah...


wassalam...

Sunday, June 8, 2008

saat2 genting

Salam sejahtera pada blogger ku..hahahaha

yep2..julung2 kalinye aku wat blog sendrik..
pe pekdah??

tah..tibai jek..asal aku bahagia...kah3

huhu

aku ingin meluahkan ape yg ade kat dlm liver akus neh..tak bley tarok lame2 nnt die berjangkit kat organ lain pak...aku gak yg bahye...huhuhu

ok2...intro2 dulu..ape kabao...?
sehat?
idop lagi?
hahaha...tibai ah...nak jawab..jawab..x nak jawab sudeyy..

heheh..
sekarang aku berada di atas kursi di depan laptop di bawah bumbung yang bername rumah verci cemidi di putrajaya yang besebelahan dengan taman permainan di mane sekarang yang penoh dgn bebudak yang mude2...haish....

amek ko...
setiliti mungkin aku bg ...hahaha

takde pe...neh juz nak kabo..
skrg neh ari ahad jam 5.49ptg...bertarekh 080608
woahhh..
skrg neh tyme cutis sem...dak2 u len sumer sedang ternak lemak memasing nak berlumbe sape paling kaye dengan lemak...
aku??
huaaaaaa......aku sedang bertempur di medan peperangan lagi..sebb pe..amek short sem punye psl maaa..
hmm...
aku skrg dalam zone kebluran....
blur.....blur...blurrr

aku kne wat presentation minggu depan..tapi aku...xde peralatan yg lengkap nak sediakan untuk buat sumer tuh2..huhuhuh

hanya Allah yg tahu betape resah nye...ati ku ketika ini...

huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..................

harap2 sgt minggu neh aku dapat tempoh dgn tabah...

semoge berjaye farhana...

aku tau ko boleh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

haip2!!!

Pengajaran buku "Berdua Masih Lebih Baik" oleh Aiman Azlan - Menzahirkan penghargaan

Salam Sejahtera kepada semua. Setelah sekian lama tak baca buku, kini aku kembali berjinak dengan buku. Dengan percubaan 1 hari 1 helai, kin...