Thursday, July 4, 2013

Pe-Lu-Ang

Bismillahirrahmanirrahim

Di saat kau diberi peluang untuk mencerahkan diri, untuk kau keluar dari gelisah dan resah,
Kau lepaskan peluang yang diberi begitu sahaja.
Kau pergi membiarkannya begitu sahaja
Kau mengambil mudah dan sambil lewa kerana disangka hujan pasti datang kembali.
Namun apakan daya.
terkadang, kemarau yang melanda.
Baru kau terngadah dan menangis meminta hujan kembali.
namun itu semua telah berlalu dan terlambat.
Jangan kau biar berlalu peluang begitu sekali lagi.
Jangan ikut kata nafsu
kerana hati merana.
jangan ikut kata emosi kerana selamanya tidak pasti.
Tetapkan hati mu pada Allah. segala pasti mudah dan stenang.
Apa guna ijazah di tangan kerna hari ni kau tidak menggunakan masa kau sebaiknya.
Apa kau ingat masa akan datang kembali .
Agar kau boleh mengulangi apa yang kau inginkan pada saat itu.
Aku perlukan semangat.
Allah.
Allah
Allah.
 Segala kekuatan yang diberi hanya dari Dia yang Mutlak.
Allah Yang maha Kuat.
Allah Yang maha Perkasa.
Allah yang berdiri dengan sendiri.
Segala-gala pujian hanya untuk-Mu ya Allah.



No comments:

Pengajaran buku "Berdua Masih Lebih Baik" oleh Aiman Azlan - Menzahirkan penghargaan

Salam Sejahtera kepada semua. Setelah sekian lama tak baca buku, kini aku kembali berjinak dengan buku. Dengan percubaan 1 hari 1 helai, kin...