Posts

Showing posts from August, 2013

Ibu. Emak. Mama. Bonda

Mak,
Ibu,
Bonda,
Mama,

Ku tahu kau resah,

Ku tahu kau gelisah,

demi menjaga keluarga yang tercinta,

keringatmu diperah tanpa putus asa,

Kerjamu kau buat tanpa penat dan lelah,

Tapi apakan daya,

ujianmu sering datang menjengah,

demi menguji iman yang tegar,

Namun,

Bukan kau sahaja yang terasa,

semua yang menyayangimu turut terasa,

Sakitmu hanya kau yang lebih tahu,

Kesannya keluargamu turut terkena,

Bersabarlah wahai ibu, bonda, mama ,mak.

Kerana dirimu yang teristimewa.

Di saat kau buntu bantuan,

Pintalah kepada Yang Maha Kuasa,

aku hanya bisa mendengar dan melihat,

sebagai anak yang tidak punya apa-apa,

melainkan

hanya doa yang dapatku minta,

bersabarlah..
tabahlah..
redhalah...

kerna dirimu begitu berharga di samping Nya.




Kehidupan.

Salam sejahtera kepada kehidupan

Salam sejahtera kepada yang masih bernyawa

salam sejahtera kepada yang masih menhirup udara segar

Salam sejahtera kepada yang bisa melihat dan bisa mendengar

Kehidupan

Satu saat kita pasti berfikir dan termenung,

apa makna kehidupan kita sepanjang kita bernafas di dunia ini,

Apa erti kehidupan kita sekarang?

Apa beza hidup kita dahulu dan hidup kita sekarang?

Jika dahulu, kita tidak punya harta, tapi kini, harta merata-rata,

Jika dahulu, kita tidak punya masa, tapi kini, masa sentiasa ada,

Jika dahulu belajar tanpa kira usia, tapi kini, hartalah matlamat utama,

Jika dahulu, bekerja kerana keperluan, tapi kini, kita bekerja kerana bayar hutang,

Ilmu dipelajari supaya berguna di kemudian hari, tapi apa guna pabila, hutang keliling pinggang?

Hutang mengikat kaki, hutang mengikat hati, hutang pemusnah hubungan, hutang punca perpecahan

Dan pabila ditanya kenapa bekerja?

Semuanya kerana hutang yang perlu dibayar,

apa guna belajar, jika kerja yang dibuat kin…