Kehidupan.


Salam sejahtera kepada kehidupan

Salam sejahtera kepada yang masih bernyawa

salam sejahtera kepada yang masih menhirup udara segar

Salam sejahtera kepada yang bisa melihat dan bisa mendengar

Kehidupan

Satu saat kita pasti berfikir dan termenung,

apa makna kehidupan kita sepanjang kita bernafas di dunia ini,

Apa erti kehidupan kita sekarang?

Apa beza hidup kita dahulu dan hidup kita sekarang?

Jika dahulu, kita tidak punya harta, tapi kini, harta merata-rata,

Jika dahulu, kita tidak punya masa, tapi kini, masa sentiasa ada,

Jika dahulu belajar tanpa kira usia, tapi kini, hartalah matlamat utama,

Jika dahulu, bekerja kerana keperluan, tapi kini, kita bekerja kerana bayar hutang,

Ilmu dipelajari supaya berguna di kemudian hari, tapi apa guna pabila, hutang keliling pinggang?

Hutang mengikat kaki, hutang mengikat hati, hutang pemusnah hubungan, hutang punca perpecahan

Dan pabila ditanya kenapa bekerja?

Semuanya kerana hutang yang perlu dibayar,

apa guna belajar, jika kerja yang dibuat kini sengsara,

Apa guna kerja jika kita mengeluh sentiasa?

Apa guna belajar, jika harapkan gaji yang tinggi semata?

Apa guna nampak bergaya, tapi semuanya hutang belaka.

Apa guna ada harta, tapi tidak membawa kita ke syurga.

apa guna ada ilmu, tapi tidak memwa kita dekat padaNya

Apa guna ada akal, tapi kita tidak mengingatiNya

Apa erti kehidupan jika tiada Dia Yang Maha Kuasa di hati kita..

ALLAH. ALLAH. ALLAH


Comments

Popular posts from this blog

Master complete Phd on the way

Tarekat Naqsabandiah Al-Kholidiah

Moodd....Y?