Kemalangan

Salam sejahtera buat diri yang masih hidup dan bernyawa.

Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang memberi diriku peluang untuk terus hidup di dunia ini.

Alhamdulillah.

Syukur.

Tanggal 2 April 2015, hari yang bersejarah yg boleh aku katakan dalam hidup aku sepanjang 27 tahun di dunia ini.

Allahuakbar. Allah yang Maha besar.

Tidak ku duga, di saat pulang daripada mengambil limau bali(sample),aku, driver dan rakan terlibat dalam kemalangan yang agak menggerunkan jiwa dan raga.

Jika hujan yang lebat, kejadian kemalangan sudah biasa didengari dalam media.ta dapat lari. pasti akan ada kemalangan yg berlaku.

Dan ini, Allah beri dugaan yang sangat besar buat diri dan rakan yang mengalami saat2 cemas tersebut.

Kereta hilux toyota yang dipandu driver, terlanggar divider dan kami berpusing sebnyk 2 kali di tengah2 highway di bernam jaya di km 401.4.

Allahuakbar.

Allah punya kuasa yang tiada tandingan.

Bila dikata "kun fayakun" maka jadilah ia.

Saat mencemaskan itu, seperti di alam mimpi tapi ia nya benar, dan aku sangat sedar apa yang sedang berlaku.

Kereta berpusing di tengah highway, bunyi shj sudah menggerunkan.

Nasib baik, kemalangan yang berlaku tidak melibatkan nyawa org,
 syukur, kereta tidak terbalik pergi ke lorong sebelah, syukur, kereta tidak terbalik menghenyak kereta lain, syukur, lori tidak terlibat sama..
alhamdulillah.

Masih terbayang kejadian tersebut di ingatanku.

dan terkadang ku menyalahkan diriku,
Disebabkan aku kah ini semua terjadi?
Takdir Allah, Rahsia Allah.

Tidak akan diketahui oleh sesiapa kecuali Dia.

Pernahkah kau terfikir akan mati?
Ya. Mati. Hakikat yang kita akan hadapi tetapi jarang kita amati.

Besok. kita tidak pasti bahwa kita masih hidup lagi,
Maka, laluilah hari ini tanpa kita kesali.

Allah ingin tegur aku dengan caranya tersendiri.

Dosaku semakin menggunung, tanpa aku pohon keampunanNya.

Allah Maha Besar.

Hati berbisik.
Allah.kau beri aku peluang untuk aku teruskan hidup?
Tidak ada perkataan yang boleh aku luahkan saat ini.
Allah lebih mengetahui.

Allah.
Allah
Allah.



Comments

Popular posts from this blog

Moodd....Y?

Master complete Phd on the way

Tarekat Naqsabandiah Al-Kholidiah