Friday, June 17, 2011

SedeKah

Salam Sejahtera..
Alhamdulillah..segala puji bg Allah..Tuhan sekalian alam..
diatas muka bumi ini kita bercucuk tanam untuk mendapat hasil yang lumayan di akhirat kelak..


Alkisah satuu cerita yang aku rasa harus diluahkan takot nanti terlupa kerana masa memamah usia,
otak semakin lupa,
rasa semakin hilang,
waktu itu semakin berjauhan..

apakah yang berlaku..

Di perantauan ini..
Aku punya satu pengalaman
takkan aku lupakan walau sedetik cuma
di saat itu..
perasaaan aku berbolak balik
terasa diri dihina
terasa kerdilnya dunia
terasa marah yang tak terhingga
terasa ingin menangis semahunya
terasa pedihnya jiwa
terasa sakitnya minda
panas membahang di dada
Keliru menyelubungi mata

apakah itu tandanya?

Apa salahku?

Sering aku tertanya...

Silapkah aku?

Derma yang ikhlas diberi kepada seorang budak telah

DICAMPAK,

DIBALING,

DIHEMPAS....

*ting..ting..ting..!!* (bunyi syiling bergolekan di atas jln raya yang terhampar)


DI DEPAN MATAku SENDIRI..


Masihku ingat matanya yang memandang dgn tajam sekali melihat kepadaku setelah aku

memberi wang yang mungkin dikategori SEDIKIT itu pada saat itu..seperti mindaku

dapat membaca gerak hatinya..


"INI JE YANG KAU MAMPU BAGI?AKU X HINGIN DUIT KAU YANG SEDIKIT INILAH!"


Lalu serta merta kau lemparkan duit itu keluar pintu tanpa rasa segan dan silu...

seBAIK AKU dengar bunyik Syiling dihempas di jalanan..

hatiku....x dapat nak ditafsir

apa benar yang aku denar dan lihat sekarang ini?

Muka ku bertukar kemerahan menahan amarah

terasa hangat di jiwa..

Rasa DIHINA

Rasa KERDIL

Rasa MALU

Rasa SAKITNYA HATI ini..Ya ALLAH

hanya ALLAH yang tahu betapa aku menahan perasaan menangis tika itu..

Dan pada saat itu jua lah,

seorang ibu seperti dapat mengetahu isi hati anaknya..

lantas aku menerima mesej dari ibuku yang berbunyi..

"B** da zikir?
kalau zikir kena tafakur iaitu ingat2kan ALLAH, bayangkan Allah itu dekat dengan kita, gunakan akal kita fikir2kan wujud Allah dan ingatkan sifat2 Allah..jangan zikir otak ingat benda lain seperti keldai mengisarr gandum, puas berjalan tetapi hanya berpusing di tempat yang sama dan tidak ke mana2"......

Ya Allah,
benarlah hati seorang ibu itu kuat nalurinya..
di saat aku duka sendirian..
Dia tiba dengan kata2nya yang menyentuh jiwa..

Subhanallah..Maha Suci Allah..

Allah lebih mengetahui segalanya..

kenapa begitu?

temanku membuat aku sedar dengan kata2nya yang paling berkesan di minda..

"Allah itu ingin mennguji KAU adakah setelah peristiwa itu, kau masih mampu ikhlas

dlm memberi sedekah?"

Dalam banyak2 orang..kenapa mesti KAU??

Sebab KAU adalah hamba yang terpilih..

Bersyukurlah kerana kau TERPILIH....agar kembali kepada jalanNYA..

Alhamdulillah..pengalaman ini sangat berharga buat diriku..

walaupun menyakitkan..namun terselit hikmahh yang terindah maksudnya..

Alhamdulillah..

kejadian di atas berlaku pada tanggal 30/5/2011,08.39 pm Malaysia, dalam angkot 03..

turut menyaksikan kejadian di atas..5 orang teman seperjuanganku..




-NFAR-

Pengajaran buku "Berdua Masih Lebih Baik" oleh Aiman Azlan - Menzahirkan penghargaan

Salam Sejahtera kepada semua. Setelah sekian lama tak baca buku, kini aku kembali berjinak dengan buku. Dengan percubaan 1 hari 1 helai, kin...