Sunday, July 28, 2013

Ramadhan

Salam sejahtera kepada diri, kepada iman,kepada hati, kepada otak, kepada semuanya.

Ramadhan.

Penuh barakah

Namun

 apa tandanya pabila hati tidak terasa apa?

Apa maksudnya masa berlalu tanpa sedar?

Apa ertinya pabila mata melihat keindahan tanpa perasaan?

Apa yang terjadi pabila buka puasa tanpa rasa nikmatnya?

Apa yang sedang berlaku pabila terawikh dianggap solat sunat biasa?

Apa maknanya jika tidur selepas sahur dianggap tiada apa-apa?

Apa yang berlaku jika hati tiada rasa apa - apa bilamana ayat Al-Quran diudara?

INNALILLAHIWAINNAILAIHIRRAJIU'N

itu semua tanda

Hati sudah keras ala BATU.

Risaulah anda

Kerna

Bulan Barakah bakal meninggalkan kita

Pahala berganda akan terlepas

Masa tidak pernah tunggu sesiapa

Maut tidak kenal akan usia


Nau'zubillah

Ya Allah,
Ku mohon tunjukkanlah aku ketenangan dalam bulan muliamu ini
Ya Allah,
Ku Mohon ampunkan diriku yang penuh dosa,
Ya Allah,
Lembutkan ati kerasku,
Ya Allah,
Hanya kepada Kau ku mohon segalaNya.
Hidupku, matiku, hanya kernaMu Ya Allah

Wasalam..



Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan menjelma

Alhamdullillah,

setahun sudah berlalu.

Ya. setahun sudah berlalu daripada Ramadhan yang lalu,

Ya, masa juga telah berlalu.

Apa yang berlaku sepanjang setahun yang lalu?

Sudah dipertingkatkah ibadah dari pada masa dahulu?

apa yang beza hari ini dan dahulu,

Hanya Dia yang lebih tahu.

Target di bulan Ramadhan:

1) Tidak tidur selepas sahur
2) Khatam Al-Quran skurang sekali
3) Kuranngkan masa surf internet bende yg 'lagha'
4) Fokus writing
5) Banyakkan membace Al-Quran beserta maknanya
6) Target to finish overall labwork this month
7) Try finishkan paper .mesti finish by this month

Insyaallah.
Kite hanya merancang, Allah yang menentukan tapi perlu ada usaha + tawakkal + doa .

Moga Allah permudah.

Amin

Wasalam


Thursday, July 4, 2013

Pe-Lu-Ang

Bismillahirrahmanirrahim

Di saat kau diberi peluang untuk mencerahkan diri, untuk kau keluar dari gelisah dan resah,
Kau lepaskan peluang yang diberi begitu sahaja.
Kau pergi membiarkannya begitu sahaja
Kau mengambil mudah dan sambil lewa kerana disangka hujan pasti datang kembali.
Namun apakan daya.
terkadang, kemarau yang melanda.
Baru kau terngadah dan menangis meminta hujan kembali.
namun itu semua telah berlalu dan terlambat.
Jangan kau biar berlalu peluang begitu sekali lagi.
Jangan ikut kata nafsu
kerana hati merana.
jangan ikut kata emosi kerana selamanya tidak pasti.
Tetapkan hati mu pada Allah. segala pasti mudah dan stenang.
Apa guna ijazah di tangan kerna hari ni kau tidak menggunakan masa kau sebaiknya.
Apa kau ingat masa akan datang kembali .
Agar kau boleh mengulangi apa yang kau inginkan pada saat itu.
Aku perlukan semangat.
Allah.
Allah
Allah.
 Segala kekuatan yang diberi hanya dari Dia yang Mutlak.
Allah Yang maha Kuat.
Allah Yang maha Perkasa.
Allah yang berdiri dengan sendiri.
Segala-gala pujian hanya untuk-Mu ya Allah.



Pengajaran buku "Berdua Masih Lebih Baik" oleh Aiman Azlan - Menzahirkan penghargaan

Salam Sejahtera kepada semua. Setelah sekian lama tak baca buku, kini aku kembali berjinak dengan buku. Dengan percubaan 1 hari 1 helai, kin...