Ujian KErohaniAn~

Nafsu yang terendah adalah nafsu amarah. Untuk meningkat ke tingkatan nafsu lawamah dan seterusnya kita perlu lalui 10000 ujian. Kerana itulah kita perlukan guru mursyid dan rakan seperjalanan (satu tarekat) yang membantu kita menghadapi saat-saat genting ujian.

Semakin kita hampir kepada Allah Ta'ala, semakin berat ujian yang dihadapi. Hinggalah kita hancur hati kepada Tuhan. Tenggelam dalam lautan kebesaran Tuhan. Akui keagungan Tuhan yg menyusun setiap peristiwa.

Setiap peringkat nafsu ada ujian. Selagi kita masih hidup, selagi itulah ujian akan ada.

Lebih-lebih lagi jika anda sedang mendekati Auliya' (Wali Allah) atau mula berjinak-jinak dengan tarekat. Ini kerana syaitan amat benci dengan perjalanan ini sejak dahulu kerana ia umpama kilang / sekolah yang mengeluarkan orang soleh dan wali Allah.

Pohonlah perlindungan dari Tuhan, umpama anda meminta tolong dari tuan anjing. Anda tidak akan berdaya melawan anjing melainkan anjing itu ditenangkan oleh tuannya.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

Comments

samad said…
-salam-
Perumpamaan tu macam tak berapa kena aje. . . .

Popular posts from this blog

Master complete Phd on the way

Moodd....Y?

Tarekat Naqsabandiah Al-Kholidiah