Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong
>(ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya.
>Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau
>tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak
>hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego
>seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya.
>Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan
>kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.
>
>Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti
>juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah? Telah
>berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair : Takdir
>Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi.
>Istirehatkan hati dari kata-kata Barangkali dan
>Kalau. Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah
>ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana
>sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan
>mengucapkan Inna lillahi wainna lillahi rajiun.
>
>Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh
>mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf
>menjawab : Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu
>pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya
>membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang
>masih panas. Belum sempatdaging itu diletakkan
>dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang
>panas itu jatuh terkena anak kecil Qais.
>Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan
>sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa
>itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang
>pucat dan menunggu hukuman Aku bukan sahaja tidak
>marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan
>membebaskan kamu. Begitulah sopan santunnya dan
>pemaafnya Qais bin Asim Kata Ahnaf mengakhiri
>ceritanya.
>
>Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais
>memandang segala kejadian itu adalah dari Allah.
>Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka
>hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian
>yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus
>hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya
>tidak terasa dia tuan kerana apa yang ada padanya
>dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai
>ketikanya Allah akan ambil kembali.
>
>Kita mesti ubati hati kita. Kita mesti membuangkan
>rasa rasa ketuanan kita yang menyebabkan kita
>menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di
>antara langkah yang perlu kita hadapi untuk
>menghilangkan marah ialah :
>
>a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah swt akan
>segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala
>perlakuan dan sikap biadab kita.
>
> Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini
>hanyalah manusia
>yang hina.
>
>c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar
>Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
>
>d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu
>mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan
>dendam dari orang yang anda marahi.
>
>e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika
>kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada
>perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam
>keadaan
>yang marah.
>
>f) Apabila datang marah, banyakkan baca Taawwuz (
>Auzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
>
>g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana
>wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang
>membara.
>
>h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal
>tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan
>meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada
>tidur
>
>i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu
>datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah.
>Kenapa kita perlu marah.
>
>Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi
>kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan
>kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan
>lemah lembut dan kasih sayang
Jadikan apa yang dilihat oleh mata itu untuk berfikir, rasakan dalam hati akan kebesaran Penciptanya
No comments:
Post a Comment